alhamdulillah...abang cikin dah selamat kawen 2 minggu lepas [xsilap la]...terharu seyh time dia akad nikah tue. rase macam dia dah jadi milik orang laen.mungkin dah tak serapat dulu kot.[harap2 tak la kan...insyaallah]
tahniah kak hana...welcome to our family. arap akak tahan la sikit ngan perangai abang yang banyak songeh tu. bese la anak laki sorang in our family [ a bit ngade2
Hari ni cikin keluar dengan kakak cikin yang sorang ni. Niatnya mahu ke Jalan TAR. Ada lagi yang belum siap dihias hantaran abang cikin ni. Abang cikin tak dapat pergi bersama kerana masih lagi di pejabat..[details betul]. Pergi la 'park' kete dekat Maju Junction. Cikin rase tempat tu la yang masih selamat diletak kan kereta ku yang kiut lagi comel ni. Tempat lain rase xberape nak selamat. Sebelum pergi membeli barang2, g isi 'minyak' la dulu [ i mean makan la]
Pergi la makan kat food court maju junction tu...
"adik, kak ida nak makan nasi goreng ngan tomyam seafood eh. Adik order" "ok.jap eh"
cikin pun pergi la order dekat satu 'stall' ni. Agak lama jugak menunggu sebab time tu dah lunch hour. Dah ramai la umat manusia ada kat situ nak makan. Ok, then sampai la turn cikin nak order...
"akak, nasi goreng ayam 1, tomyam seafood 1 eh. Jap ag datang amik" "oh adik mau nasi goreng ayam ya, dengan tomyam siput ya dik" akak kat kaunter tu ulang. Gaya cakap cam Indon je
tersenyum sorang cikin kat situ dengan akak tu cakap tom yam SIPUT...ish akak neh ingat cikin nak makan tom yam siput babi ke...huhuhu. Saya mahu tom yam SEAFOOD.
Entah ape cikin merepek kn...oh lupa nak wish besday [1306] untuk kawan cikin nun jauh di sana. Hepi belated besday ye. Jaga diri awak kat sana. Saya tak lupa birthday awak. Semoga berjaya dan panjang umur yea. Lagu kat atas tu untuk awk. Mesti awak ingt lagu ni...
Semalam cikin sempat duk umah golek2. Semalam jugak la cikin baru berpeluang tengok cerita UPIK ABU & LAURA kat TV3. Tertanya2 ape sebenarnya cerita ni. Tengok iklan kat tv Irwan Syah pun turut sama berlakon. Tapi selama 60 minit[mungkin kurang] cikin melayan menonton cerita ini tiada pun kelibat Irwan Syah [babe, sape2 yang mengikuti cerita ini sila betulkan ye. Cikin terfikir mungkin Irwan Syah ada tapi bukan untuk episod ini. Mungkin juga diawal episod. Bagi pandangan cikin, cerita ini memang tak best langsung [sorry ye babe, sape 2 fans of Cinta Laura. This story has no moral value. Yelah lansung tiada rasa hormat kepada ibu bapa. Semua watak [cikin lupe nama watak2 tersebut] terlalu obses mengejar si Laura. Semata2 mahu memenangi hati Laura untuk mendapat kekayaan agar cita2 mereka tercapai. Mungkin ada di alam nyata senario begini. Kebanyakannya materialistik. Apa yang cikin suarakan ini hanya melalui dari pandangan cikin. Sekadar untuk menjadikan cerita ini sekadar bahan hiburan mungkin boleh. Tapi untuk dijadikan panduan memang tak boleh.
Selepas menonton cerita UPIK ABU & LAURA, cikin pergi salun bercadang nak potong rambut. Masuk je salun tu, cikin ternampak seorang budak perempuan mungkin 7 tahun bersama ibunya. Comel budak tu. Rambut panjang. Pipi pun 'chubby'. Geram nak cubit.hehe...Terdengar permintaan budak tu dekat mama die
" mama, nana nak potong rambut cam Laura la"
Cakap pun lagakLaura jew.Hish ini lah budak, senang je terikut2. Ntah la...no komen...
Cuti yang ade ni cikin isi dengan melayan cerita korean dan anime yang berlambak tak sempat nak tengok lagi. Plastik pembalut DVD pun tak dibuka lagi... DVD saya masih 'dara' lagi.hahaha... Harap2 sempat la habiskan sume cerita tu sebelum Cikin move ke Bangi nanti...Cikin nak berkongsi lagu 'feveret' cikin dengan semua. Maklum la mase 'muda-mudi' dulu addicted dengan DBSK. Sekarang, dengan BIGBANG lak. Ter'fall in love' dengan T.O.P [one of the group member of BIGBANG]... sebab mata dia yang sexy...hohoho (-_~)v Read more...
Alhamdulillah, mungkin dah sampai jodoh abang cikin agaknya. Alhmadulillah juga dia ditemukan dengan Kak Suhana... For me, Ok la kot [last two kak suhana datang umah jumpe mama ngan ayah]. Orang nya sweet, shy2 cat pemalu gitu. Abang said she's ok. Always caring for him. Dah tak risau lagi. Lagipun, sejak dia kenal kak suhana ni he's a bit change. Alhamdulillah.
This weekend, family cikin will be going to JB. For the engagement ceremony la...hehehe. Congratz abang. [nti akan di update kan pictures]
untuk ayah...terima kasih segalanya. u're my hero. i'm proud to be ur youngest daughter. adik sayang ayah. Selamat hari ayah....